Seorang lelaki cuba buka pintu kecemasan pesawat bagi mendapatkan udara segar

Foto: SCMP Pictures

Syarikat penerbangan Xiamen Airlines dari bandar Hangzhou menuju Chengdu, keduanya di China, diwarnai sebuah insiden unik yang melibatkan seorang lelaki yang baru pertama kali naik kapal terbang.

Seorang penumpang yang duduk berhampiran pintu kecemasan pesawat tiba-tiba cuba membuka pintu kecemasan itu dengan alasan ingin mendapatkan udara segar.

Aksi lelaki itu memeranjatkan para penumpang lain yang kemudian meminta kru kabin bertindak. Mujur, para kru kabin berjaya menarik lelaki itu dan insiden itu berlaku ketika pesawat masih berada di landasan.

Menurut laporan Kompas.com, aksi bodoh penumpang tersebut dirakam oleh penumpang lain menggunakan kamera telefon bimbit yang kemudian disebarkan di pelbagai media sosial.

"Ini kali pertama saya melihat seorang penumpang cuba membuka pintu kecemasan," demikian seorang penumpang menulis di foto yang dia muat naik ke media sosial.

"Dia berkata kepada pramugari, dia hanya mahukan udara segar .... Semoga penerbangan kami tidak ditangguhkan terlalu lama," ujar penumpang lain.

Walau terjadi insiden tak diduga itu, penerbangan Xiamen Airlines pada 8 Disember lalu itu berjalan lancar.

Sejumlah pengguna media sosial berkata, lelaki itu seharusnya didenda kerana membuat kekacauan. Namun,  dia tetap dibenarkan berada di dalam pesawat dan tidak dihukum sama sekali.

1 comment:

  1. Yelah dia tak tahu - kesian juga kalau dihukum tapi gelihatilah juga sebab dia buat ramai yg dah cuak:)

    ReplyDelete