SYJ - Hati Syaitan


SYJ ialah sebuah kumpulan rock Heavy Metal Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986). 

Kumpulan Sofea sering-kali mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik yang panas seperti dalam lagu "Hati Syaitan", "Orang Timur" (Battle Of The Bands 1), "Mata Sepet" (Battle Of The Bands 2), "Anak Liar" (1987) dan banyak lagi. Selain itu mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej 'Motley Crue' dan 'Kiss' mereka. -

Vokal - Amir/Wan Taring (Wan Taring hanya menyanyikan 3 buah lagu sebelum digantikan dengan Amir)
Gitar - Zam
Bass - Man Rani
Drum - Eduat

Sumber: Wikipedia 


Hati Syaitan 

Durjana kau
yang punya angkara
mengalih setiap pandangan manusia
yang benar kau palsukan
tugasmu seumpama syaitan.

Kau membenci sesama sendiri
kelakuan menurut nafsu hati celaka,
laknatlah kau pergi kau sial dari hidup ini.

Laknat penyelewengan umat laknat,
laknatlah kau, kau, kau.

Sedarlah kau
akan kepanasan
api yang membara
neraka durjana
kasihani tubuhmu
tak sanggup melihat ia menjadi debu.

No comments:

Post a Comment