Gambar hiasan
PASIR MAS - "Makcik ghaso male tu dah supo Tsunami (makcik rasa malam itu sudah serupa Tsunami)," kata seorang daripada mangsa banjir di Rantau Panjang.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Atiya, 47, menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya dilanda bencana banjir Khamis lepas.
Kata Atiya, walaupun dirinya bersama-sama suami dan empat anak mereka sempat menyelamatkan diri, namun harta benda terutamanya peralatan elektrik, perabot, dan katil hampir semuanya rosak akibat banjir berarus deras itu.
Menyifatkan bencana kali ini terburuk semenjak 1969, Atiya berkata mereka bernasib baik kerana suaminya Wan Daud Wan Salleh, telah pun berjaga-jaga di hadapan rumah sebaik sahaja hujan mula melanda.
"Sebaik sahaja suami mengejutkan makcik daripada tidur, makcik terus bergegas membawa anak-anak dahulu meredah air deras dan hujan lebat ke kereta kami yang telah pun diletakkan di kawasan tebing jalan sebagai langkah berjaga-jaga.
"Limpahan air berlaku dengan pantas sehinggakan belum sempat kami keluar rumah, paras air dah cecah bawah lutut," katanya ketika ditemui Bernama di hadapan rumahnya di sini, hari ini.
Apa yang menjadi keresahan makcik Atiya yang mengusahakan kedai membuat gigi palsu di Pekan Rantau Panjang ialah segala peralatan untuk membuat gigi palsu kesemuanya rosak, sehingga menjejaskan sumber pendapatan.
Apatah lagi dengan keadaan rumah yang mereka diami itu sebelum ini diubah suai menjadi kedai untuk perniagaan mereka.
"Rasa sayu sebab kami dah lama menjalankan perniagaan ini... hampir 15 tahun. Sehingga ramai orang termasuk dari luar kawasan Rantau Panjang turut menjadi pelanggan tetap kami," katanya.
Setakat pagi ini, mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 11,930 orang berbanding 11,408 orang malam tadi dan mereka ditempatkan di 32 buah pusat pemindahan. - Bernama

No comments:
Post a Comment