Pelanggan Terkejut McDonalds Tersalah Tayang Filem Porno dalam Restoran

 
Pelanggan di sebuah restoran McDonalds di bandar Zuchwil, Switzerland mengalami pengalaman yang jarang diperoleh oleh pengunjung Mcdonalds lain setelah mereka ditayangkan dengan adegan panas dari sebuah video porno di sebuah skrin televisyen di restoran berkenaan.

Menurut Central European News, Steffen Reiniger, 24, yang berada di restoran berkenaan bersama rakan-rakannya berkata mereka 'disajikan' dengan video itu selepas siaran program Sexy Sports Clips yang ditayangkan oleh German Sports Channel.

"Kami semua lelaki, jadi kami tidak kisah.", kata Reiniger.

Selain itu Reiniger juga menyatakan kebimbingan jika kejadian berulang dan terdapat keluarga di dalam restoran itu.

Salah seorang pekerja menukar siaran selepas perasan dengan video janggal itu tersiar di skrin TV.

McDonalds telah meminta maaf akan kejadian itu dan menerangkan pihak mereka tidak tahu siaran televisyen itu turut menayangkan video jenis itu - Siakapkeli.com.my

1 comment: