FAM: Indra Putra tidak akan didakwa


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan pemain Kelantan Indra Putra Mahayuddin tidak akan didakwa selepas tiada laporan yang diterima pihaknya daripada pegawai perlawanan susulan insiden menyiku penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada suku akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Harian Metro semalam melaporkan Indra bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV.

Bagaimanapun, penyerang Kelantan itu menafikan dia sengaja menyiku muka Norshahrul sehingga menyebabkan pemain Johor Darul Takzim (DT) itu mengalami kecederaan hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan, dalam laporan Harian Metro hari ini.

Indra Putra berkata, dia langsung tidak menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu.
Foto


Sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah, katanya


MyMetro

1 comment: