Proton Waja dibom gemparkan penduduk di Pekan Donggongon

Penampang: “Kereta kami tiba-tiba terangkat dan telinga saya berdesing akibat bunyi letupan yang kuat,” kata Lau Zhe Wei, 19, yang terselamat selepas kereta Proton Waja dipandunya dilontar bom di pekan Donggongon, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, Lau bersama rakannya, Wooi Fook Chen, 25, nyaris maut apabila bom terbabit meletup dan meranapkan bahagian belakang kenderaan mereka.

Kejadian berhampiran tokong Cina itu turut menggemparkan penduduk setempat apabila letupan dikatakan didengar kira-kira tiga kilometer termasuk menyebabkan sebuah kedai berhampiran turut rosak.

Lau berkata, ketika kejadian dia bersama Wooi menunggu seseorang di tepi jalan berhampiran di pintu masuk tokong berkenaan.

“Ketika berada di dalam kereta, saya terdengar bunyi sesuatu benda bergolek dari bawah kereta.

 ANGGOTA polis Unit Pemusnah Bom lengkap berpakaian keselamatan memeriksa kenderaan yang diletupkan.

 PEGAWAI polis mengawal robot daripada skrin

ROBOT pemusnah bom turut digunakan.

MyMetro

1 comment: