Daily Mail |
Navajo Nation: Pelagak berani mati Nik Wallenda menyempurnakan cabaran berjalan di atas tali tegang sejauh 0.4 kilometer merentasi Gaung Sungai Little Colorado di timur laut Arizona, semalam.
Wallenda melakukan aksi ngeri itu di atas kabel keluli setebal lima sentimeter pada ketinggian 457 meter di atas sungai itu di Navajo Nation berhampiran Grand Canyon.
Dia hanya mengambil masa 22 minit untuk menyempurnakan cabaran itu

Wallenda tidak menggunakan abah-abah sepanjang perjalannya di atas tali keluli itu dan sempat berlari anak dan melompat pada beberapa meter terakhir.
Angin yang bertiup merentasi gaung itu dijangka selaju 48 kilometer sejam. Bagaimanapun, menurut Wallenda, ia berubah-ubah sementara pemandangannya terganggu sedikit kerana debu melekat pada kanta sesentuhnya.

Wallenda, 34, ialah artis wayar tinggi generasi ketujuh dan adalah sebahagian daripada anggota keluarga sarkas 'Flying Wallendas' yang terkenal kerana aksi berani mati mereka.
Kira-kira 600 orang menyaksikan cubaannya itu menerusi skrin besar sementara seorang renjer Navajo Nation, seorang ahli perubatan dan dua kru filem ditempatkan di bawah gaung sambil memerhatikannya dari bawah. - AP

MyMetro
kalau aku, kendur la tali tu. haha
ReplyDeleteseramnya
ReplyDeletehebat2
ReplyDeletehui..kecut perut..
ReplyDelete