AS lakukan intipan internet ke seluruh dunia sejak 9/11


Washington: Amerika Syarikat (AS) mula melakukan intipan ke seluruh dunia menggunakan telefon dan komunikasi menerusi e-mel dan data internet selepas serangan 11 September 2001 (9/11).

Hasil intipan terbabit, 54 rancangan untuk melakukan keganasan di AS dapat dipatahkan, kata Pengarah Agensi Keselamatan Kebangsaan, Jeneral Keith Alexander.

Dalam pendedahan terbaru mengenai pengintipan itu, akhbar The Guardian melaporkan, awalnya ia hanya membabitkan komunikasi warga asing sebelum ia diperluaskan pada 2007.

Kesan lokasi pengguna

Pengintipan itu membolehkan penghantar dan penerima setiap mesej dikesan termasuk alamat IP membolehkan lokasi pengguna diketahui.

Ia memetik pegawai sebagai berkata, teknik mengumpul maklumat kaedah ini tamat pada 2011.
Menjelaskan pengintipan berkenaan kepada pengurusan komunikasi dan elektronik minggu ini, Alexander berkata, 50 daripada 54 komplot serangan berakhir dengan tangkapan.

Sebanyak 25 tangkapan berlaku di Eropah, 11 di Asia dan 5 di Afrika. Sebanyak 13 komplot berlaku di AS.

Pendedahan terbaru The Guardian menunjukkan NSA mengumpul data internet membabitkan warga Amerika termasuk pengguna telefon.

The Guardian sebelum ini menyiarkan dokumen rahsia mengenai program intipan diberi nama ‘Prism’ membolehkan NSA memeriksa komunikasi internet di Amerika yang membabitkan warga asing.

Pendedahan terbabit tidak menjelaskan bentuk isu kandungan e-mel yang diperiksa.
Alexander berkata, 12 daripada serangan yang gagal dikesan menerusi program mengumpul data telefon.

Intip warga asing
Selain itu. dalam 53 daripada 54 kes membabitkan intipan ke atas komunikasi internet warga asing.

Alexander berkata, hampir separuh daripada maklumat antikeganasan NSA adalah daripada pemantauan internet. - REUTERS

No comments:

Post a Comment