Inilah fesyen rambut terkini

 RAMBUT disifatkan sebagai mahkota unggul bagi golongan wanita. Dunia pengayaan rambut kini tidak terbatas malah industri itu semakin berkembang dengan pelbagai imaginasi kreatif yang dilahirkan oleh pendandan terkemuka dunia.

Pada sambutan peragaan rambut tahunan di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat, pengayaan rambut ditampilkan lebih berani oleh pendandan profesional antarabangsa.

David Humphries menampilkan rekaan rambut berbentuk motosikal, helikopter dan ekor ikan duyung.

Mengenakan konsep ‘kembali ke zaman silam' , beliau menampilkan lebih 200 gaya rambut yang tidak terfikir oleh orang ramai.

“Gaya rambut pada tahun ini lebih menghiburkan, terutama rekaan paling popular iaitu menjadikan motosikal sebagai objek hiasan utama,” katanya.

Beliau berkata, cetusan idea kreatif dan berani ini juga mampu melahirkan bintang pendandan moden sekali gus meningkatkan kredibiliti pendandan muda.

Selain motosikal, beliau turut menampilkan, model topi keledar bersaiz sebenar dengan rekaan sepenuhnya menggunakan material rambut.

Antara lain yang dipersembahkan adalah pengayaan model ekor ikan duyung yang siap diwarnakan.

Gaya rambut sentuhan beliau turut menjadi inspirasi kepada penyanyi pop popular Lady Gaya yang sering tampil dengan gaya rambut terkini. - MailOnline












Daily Mail

1 comment: