MEXICO CITY - Mungkin rakyat bandar Xalapa, Mexico, sudah bosan dipimpin ahli politik korup yang tak memikirkan rakyat. Maka dari itu, akhirnya, rakyat Xalapa mengangkat seekor kucing menjadi calon datuk bandar. Ahli politik korup kerap disamakan dengan seekor tikus.
Kucing berwarna hitam putih bernama Morris muncul di sebuah poster kempen di jejaring sosial Facebook. Setakat ini, Morris sudah mendapat 100,000 "like" dari pengguna jejaring sosial ini.
Nama Morris memang tidak akan muncul dalam surat rasmi pemilihan datuk bandar Xalapa yang akan diadakan pada 7 Julai mendatang.
Namun, para penyokong Morris mengatakan semakin meningkatnya populariti si kucing menunjukkan begitu kecewanya warga kota atas ahli politik korup, yang mereka sebut sebagai tikus.
Diusungnya Morris si kucing awalnya hanya muncul di media-media tempatan, tetapi dengan cepat menarik mata media nasional Mexico, bahkan media antarabangsa.
Kini, Morris bahkan sudah mempunyai laman rasmi menunjukkan video kempen yang menceritakan kisah hidupnya. Laman itu juga dilengkapi foto kucing berwarna merah dan biru, mirip foto kempen Barack Obama yang terkenal pada 2008.
"Menghadapi tikus-tikus yang merebutkan kedudukan ini, hanya kucing yang boleh membereskannya," demikian kalimat kempen dalam akaun Facebook Morris.
Lalu apa janji kempen Morris? "Sama seperti yang ditawarkan calon-calon lain, berehat dan bermain-main."
kompas.com

No comments:
Post a Comment