SUHAIMI menunjukkan lakaran Piala FA sebelum menghasilkan trofi berkenaan tahun lalu.
SAYA mahu tengok Piala FA terus kekal bersama pasukan Kelantan musim ini.”
Demikian luah Suhaimi Mat Jusoh, 45, individu yang bertanggungjawab menghasilkan trofi itu yang kali pertama diperkenalkan musim lalu bagi menggantikan piala yang lama.
Menurut Suhaimi, sebagai seorang pengukir barangan perak yang bertanggungjawab mereka bentuk piala tersebut, dia cukup bangga apabila pasukan negeri kelahirannya, Kelantan berjaya merangkul Piala FA musim lalu.
“Kegembiraan puluhan ribu peminat Kelantan yang lain jika The Red Warriors berjaya muncul juara nanti mungkin sedikit berbeza dengan kegembiraan yang mungkin saya rasai kerana ia cukup sentimental.
“Ia seakan-akan hilang rasa penat apabila melihat pemain pasukan negeri kelahiran saya merangkul sekali lagi piala tersebut.
“Saya berharap semangat ketika saya menghasilkan piala tersebut mampu mengiringi para pemain Kelantan dalam misi mempertahankan kejuaraan untuk musim kedua berturut-turut,” kata Suhaimi ketika ditemui di Kota Bharu semalam.
Menceritakan semula penglibatanya dalam menghasilkan piala tersebut, Suhaimi berkata, dia mendapat tawaran daripada salah seorang rakannya yang berada di Kuala Lumpur.
Pada peringkat awal, dia seperti tidak mempercayai diberi kepercayaan tersebut, namun pengalaman selama 23 tahun dalam aktiviti menghasilkan barangan berasaskan perak memberinya kekuatan untuk menerima tawaran tersebut selain mencabar kemampuan diri.
“Untuk menghasilkan Piala FA seberat 10 kilogram itu, saya menggunakan kira-kira tujuh kilogram perak dan selebihnya adalah besi yang menjadi rangka dan tapak piala itu. Saya menghabiskan masa selama dua bulan untuk menyiapkannya.
“Proses penghasilannya cukup rumit dan memerlukan penelitian untuk memastikan kehalusan seni selaras dengan kemegahannya yang menjadi idaman puluhan pasukan bola sepak di negara ini. Saya meletakkan seluruh jiwa dan raga saya ketika menyiapkan piala tersebut.
“Dalam tempoh bergelumang dalam seni pembuatan perak, penghasilan Piala FA memberikan saya kepuasan sebenar dan nilai tambah kepuasan tersebut apabila melihat pasukan negeri kesayangan berjaya membawa pulang piala itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Suhaimi yang berasal dari Kampung Mesira, Pelekang dekat Kota Bharu berharap semua pemain Kelantan dapat memberikan komitmen sepenuhnya pada aksi final Piala FA menentang Johor DT Sabtu ini.
“Saya juga percaya dengan kemampuan ketua jurulatih, Bojan Hodak untuk menghasilkan ramuan terbaik bagi membantu Kelantan mengulangi kejayaan musim lalu,” katanya
Kosmo
oh final sabtu ni eh. tak tau akak heeee. tapi nak tengok jugak. nak sokong johor gak la hehe
ReplyDeletehebat3
ReplyDelete