Ayah mabuk teruk, anak tujuh tahun disuruh memandu kereta


Sydney - Perilaku seorang lelaki Australia ini tidak boleh ditiru. Bayangkan, dia meminta anak lelakinya berusia tujuh tahun memandu kereta kerana dirinya mabuk teruk.

Insiden ini terjadi pada Jumaat (21/6/2013) di kawasan Gold Coast Australia. Polis yang sedang berkawal menahan sebuah kereta yang dipandu laju tanpa menyalakan lampu depannya pada pukul 3.00 pagi.

Setelah dihentikan, betapa terkejutnya polis selepas melihat pemandu kereta tersebut adalah seorang budak lelaki berusia tujuh tahun.

Sementara, di kerusi penumpang seorang lelaki terbaring tak berdaya akibat mabuk.

"Seorang lelaki telah didakwa melakukan pelanggaran peraturan lalu lintas serius, setelah peronda polis menghentikan kereta yang dipandu budak tujuh tahun di Surfers Paradise," demikian keterangan polis.

Lelaki berusia 41 tahun itu didakwa melakukan tindakan berbahaya dengan kenderaan bermotor. Selain itu, dia juga didakwa kerana mengambil alkohol berlebihan.

Sementara itu, anaknya kini berada dalam penjagaan pihak keluarganya.

"Saya hanya boleh menggelengkan kepala dan sangat terkejut mengetahui kegilaan ini," kata Menteri Pengangkutan Negeri Queensland, Scott Emerson, kepada ABC.

"Saya sudah berulang kali menyampaikan betapa buruknya jumlah korban akibat kemalangan lalu lintas kita," lanjut Emerson.

Penasihan keselamatan memandu dari Royal Automobile Club Queensland, Joel Tucker, berkata bahawa dirinya sangat bersyukur tak ada korban dalam insiden itu.

"Anak-anak seusia itu belum mempunyai keupayaan mental atau fizikal untuk memandu kereta dengan selamat," kata Tucker.

"Sangat bimbang mengetahui seorang kanak-kanak dipaksa memandu sebuah kereta," Tucker menegaskan.

kompas.com


2 comments: