Tak perlu wang, bayar kopi dengan ciuman


Jika anda pergi ke kafe di Australia ini tanpa membawa wang maka tetap boleh mendapat secawan kopi. Tetapi anda perlu bersedia memberikan ciuman sebagai ganti pembayaran wang.

Kafe bernama Metro St James ini mempunyai cara promosi unik untuk bulan ini iaitu "Pay With A Kiss", pihak kafe menyediakan ganti pembayaran wang dengan satu ciuman. Kafe yang terletak di kawasan Hyde Park, Sidney, ini membuka tawaran tersebut hanya dua jam bermula pukul 9-11 pagi waktu setempat.

Namun jangan dibayangkan para pelayan di kafe yang akan menerima ciuman dari pengunjungnya. Dalam promosi ini para pengunjung cukup mencium bibir pasangan yang diajaknya datang ke kafe. Dengan begitu mereka berhak menikmati secangkir kopi jenis apapun secara percuma.

Nampaknya cara promosi unik tersebut disambut dengan terbuka oleh para pengunjungnya. kerana itu nama kafe Metro St James cepat dikenali meski baru buka 4 bulan lalu.

"Idea yang bagus! Memberikan romantisme baru bersama pasanganmu," puji seorang pengguna Facebook. "Aku tak pernah memikirkan ada hal seperti ini. Aku menyukai idea ini," tambah yang lain. "Seharusnya ini boleh dilakukan di negara-negara lain juga." - wk



No comments:

Post a Comment