Laman web tawar kerja untuk si cantik sahaja

Foto: Google

LOS ANGELES - Sebuah laman web yang menawarkan khidmat mencari pekerjaan dilancarkan namun ia hanya terbuka kepada calon yang cantik atau kacak sahaja.

Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam laman web berkenaan mengambil kira rupa paras sebagai faktor penting bagi mereka yang mencari kerja.

Laman web yang dikenali sebagai BeautifulPeople.com itu setakat ini mempunyai 750,000 ahli.

Laman web ini juga memberi ruang kepada para majikan mencari pekerja baru dan mengiklankan jawatan kosong melalui talian, sekiranya calon berminat, mereka boleh memohon kerja secara terus melalui laman web berkenaan.

“Calon pekerja yang cantik dan kacak ini memberi kelebihan terutama kepada pelanggan dalam perniagaan,” kata Pengarah Urusan BeautifulPeople.com, Greg Hodge.

Sinar Harian

3 comments: