Perarakan Ikan Duyung meriah

CONEY ISLAND - Walaupun dilanda ribut taufan Sandy dan pejabat penganjurnya ditenggelami air baru-baru ini, acara yang diberi nama Perarakan Ikan Duyung tetap dapat dilaksanakan dengan cukup meriah.

Penganjur dikatakan berjaya mengumpul dana sebanyak AS$100,000 (RM300,000) untuk membiayai acara tersebut.

Berlangsung di sini mulai semalam, orang ramai memenuhi jalan-jalan dengan memakai pakaian dan solekan pelik. Misalnya, baju seperti ikan duyung dan makhluk laut yang lain.

Perarakan Ikan Duyung bermula pada tahun 1983. Antara matlamat penganjurannya adalah untuk menghidupkan kembali cerita-cerita dongeng dan sebagai hiburan untuk penduduk setempat.

Tidak seperti perarakan lain, acara itu tiada kena mengena dengan apa jua etnik, agama atau keuntungan komersial.

Acara tersebut menjadi perarakan seni paling besar di Amerika Syarikat yang menampilkan lebih 1,500 orang peserta dari seluruh negara Uncle Sam itu. - Agensi


Foto: nydailynews.com

2 comments:

  1. I heard ikan duyung ni sebenarnya pontianak versi dalam air? Yer ker? Hahahah

    ReplyDelete