Aktiviti maksiat cemari Pulau Konet

 Kenderaan diletakkan di kawasan sedikit terselindung di pulau berkenaan.

ALOR GAJAH - Pulau Konet yang terletak di Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, yang dulunya terkenal sebagai kawasan rekreasi dan aktiviti pelancongan kini dicemari aktiviti maksiat.

Perubahan itu bukan sahaja meresahkan penduduk yang tinggal berhampiran pulau berkenaan khususnya penduduk Kampung Telok Gong, malah ia menjejaskan nama baik kampung berkenaan.

Penduduk, Hasni yang Ghazali, 50-an, berkata, keluasan pulau yang kecil memudahkan pasangan muda ini menyelit di celah-celah pokok ketapang yang merimbun selain mereka mudah berselindung di sebalik tebing bukit di pinggir pantai sebelum mereka beraksi bersama pasangan mereka.

“Mereka tidak hiraukan kehadiran orang ramai yang datang ke pulau ini dengan tujuan untuk beriadah dan memancing ikan tapi golongan ini selamba melakukan aktiviti kurang sopan di situ.

“Sebelum ini pernah berlaku sepasang kekasih terkandas beberapa jam di atas pulau ini  sebelum mereka diselamatkan sepasukan anggota penyelamat selepas air laut pasang dengan mendadak semasa mereka sedang leka memadu asmara.

“Kejadian itu sepatutnya menjadi peringatan kepada pasangan lain namun semakin ramai pasangan muda masuk ke pulau ini yang dianggap 'port' terbaik untuk melakukan maksiat,” katanya.

Hasni berkata, sampah sarap yang ditinggalkan orang ramai serta kaki pancing dan beberapa bekas botol arak dibuang di merata tempat turut mencacatkan pemandangan.

Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Tanjung Bidara, Datuk Abu Khir Jamaluddin, berkata, Pulau Konet adalah destinasi pelancongan dan tumpuan kaki pancing, tidak seharusnya ia dicemari dengan aktiviti maksiat.

“Saya sedih setelah diberitahu ada segelintir pasangan remaja menjadikan kawasan pulau sebagai tempat untuk mereka bermesra sebelum melepaskan ‘hajat’ mereka tanpa memikirkan perasaan orang lain yang berakal, " katanya.

Sinar Harian

3 comments:

  1. nama pulau tu pun dah lain macam bro .. wakaka!

    ReplyDelete
  2. HAHAH...mmg patutpun..nama pulau pon dah 18sx...jadi xheran lah jadi markas maksiat :D

    ReplyDelete
  3. weh ini kampung akuuu. tau tak aku pernah nampak orang bertenet kat situ haha. masa tu aku dengan kawan2 aku la p cari remis. situ memang banyak remis kalau musim dia. pes cari remis tu nak jalan p pulau. kalau air surut,dia ada jalan batu2 bleh pergi pulau. jalan2 nak pusing sampai belah depan pulau, tiba2 nampak mangkuk ayun 2 ekor ni baik punya selak baju ok. tak guna. masa tu aku sekolah menengah, kira innocent lagi. ktrg ber4 kot. terus patah balik. buat macam tak nampak. padahal dalam hati Allah je la tau

    ReplyDelete