Khairul Fahmi teruja bakal bergelar bapa


SHAH ALAM - Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat akan bergelar bapa apabila isterinya, Leuniey Natasha telah disahkan hamil enam minggu.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Leuniey ketika berkunjung ke pejabat Media Hiburan, di Karangkraf, tengah hari semalam.

“Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex yang ketika itu berada di Australia, dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami ‘morning sickness’ seperti saya,” kata Leuniey dengan gembira.

Sebelum itu, Leuniey ada menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin bagi menghilangkan kesunyian gara-gara ditinggalkan Apex kerana komitmen terhadap bola sepak.

Majlis pernikahan Apex dan Leuniey dilangsungkan di rumah Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada 28 Disember tahun lalu manakala majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.

Mereka mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun lalu.

Sinar Harian

3 comments: