Jerebu: Kerajaan Johor aktifkan bilik gerakan, IPU melebihi 200

 Foto: Berita Harian

NUSAJAYA: Kerajaan negeri Johor mengaktifkan bilik gerakan di beberapa daerah di sini, apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 bagi mengawasi masalah jerebu yang semakin membimbangkan melanda negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.


Sekolah di Muar, Ledang diarah tutup dua hari

JOHOR BAHRU: Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya.

Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383.
Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 11 pagi ini, Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232 iaitu meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi.


Pasir Gudang dan Larkin Lama iaitu kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Johor, Mohd Nor A Ghani, berkata seramai 76, 940 murid serta pelajar membabitkan 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarahkan bercuti bermula hari ini akibat masalah jerebu yang kini berada pada tahap bahaya.

BH

2 comments: