Cara mudah larikan diri ketika dikejar polis di UK


Polis tidak boleh kejar penjenayah bermotosikal tak pakai helmet

Polis di UK dituduh terlalu lembut dalam menghadapi para penjenayah, setelah terbongkar bagaimana para penjenayah dengan motosikal dengan mudah melepaskan diri ketika dikejar polis.

Dilapor laman Daily Mail, Jumaat, 29 Mei 2015, para jenayah itu memanfaatkan kelemahan dalam sistem, dengan cara membuang helmet mereka agar polis berhenti mengejar.

Scotland Yard berkata kewajipan moral bagi mereka adalah untuk melindungi nyawa orang ramai termasuk para penjenayah sehingga mereka tidak akan mengejar para penjenayah bermotor yang tidak memakai topi keledar.

Alasannya, bimbang suspek akan maut jika terjatuh dari motor. Fakta itu telah menimbulkan kemarahan para pemilik premis perniagaan di London yang menjadi mangsa penjenayah.

Dominic Durante, seorang pemilik butik di London, telah berkali-kali menjadi mangsa. "Luar biasa bagaimana mereka boleh terlepas, hanya dengan membuang helmet. Saya sungguh tidak boleh memahami," katanya.


Detektif Raffaele D'Orsi, mempertahankan dasar polis, mengatakan bahawa mereka mempunyai mandat dan tanggungjawab moral untuk melindungi orang awam, walaupun ia adalah para jenayah.

Berdasarkan data polis, terungkap sekurang-kurangnya 1,240 jenayah di London dilakukan penjenayah bermotosikal sepanjang 2014. Mereka lolos hanya dengan melepaskan helmet.

Dasar kontroversi itu dilaksanakan selepas kematian Reece Leon Robinson-Webber dari Steratham. Dia maut di West Norwood ketika dikejar oleh polis pada Ogos 2008.




Sumber: Viva.co.id

1 comment:

  1. susah jugak eh..kalo dah namanya penjenayah takkan nak berlembut lagi kot?.

    ReplyDelete