Gadis cantik penjual daging jadi popular di internet

 Foto: dailymail.co.uk

Seorang gadis Taiwan menjadi sensasi di internet selepas gambar-gambarnya sedang memotong daging di kedai milik keluarganya dimuat naik ke dunia maya.

People 's Daily melaporkan, Zhang Caijie, 25, seorang penuntut di Fu Jen Catholic University, membantu ibu bapanya berniaga daging di pasar Dongmen, Taipei.

Akibat fotonya yang tersebar di dunia maya, Zhang kini mempunyai banyak peminat yang  datang ke pasar hanya untuk meminta nombor telefon beliau.

"Berapa banyak daging yang harus saya beli sebelum kamu memberi nombor telefon kamu?" tanya seorang lelaki peminat Zhang.


Bahkan, ramai ibu dan nenek yang khusus datang ke kedai tempat Zhang berniaga hanya untuk mengenalkan anak atau cucu lelaki mereka.

Tak hairan, kedai milik keluarga Zhang selalu ramai pengunjung.

"Mereka selalu bertanya apakah saya sudah mempunyai kekasih, di mana saya bersekolah dan hal-hal semacam itu," kata Zhang.

"Sebenarnya saya agak malu menghadapi ini semua. Mereka mengatakan anak gadis yang bekerja membantu keluarga adalah anak yang baik dan mereka suka dengan gadis semacam itu," lanjut Zhang.


Zhang menambah, seorang lelaki pernah memaksa agar menerimanya sebagai teman di media sosial.

"Tetapi saya menolak permintaannya," katanya.

Kepada wartawan, Zhang berkata keluarganya merupakan generasi ketiga yang menjual daging di pasar itu.

Dia memutuskan untuk membantu keluarganya berniaga semasa kolejnya bercuti.


Zhang yang sangat merendah diri itu berusaha keras agar kemasyhurannya di dunia maya tak mengubah kelakuannya.

Dia tetap bekerja membantu ibu bapanya menjual daging di pasar.

Seorang peniaga pasar yang mengenali Zhang sejak kecil berkata, gadis itu selama ini selalu dikenali sebagai anak yang baik dengan semangat bekerja yang hebat walaupun harus menghadapi bau daging yang menyengat.

Zhang mengaku sejak dirinya menjadi sensasi internet banyak tawaran pekerjaan datang kepadanya.

Namun, memilih kehidupan normal dengan tetap bekerja membantu ibu bapa.


Sumber: Tribunnews.com
 Foto: Dailymail.co.uk

3 comments:

  1. Dia malu bila dikatakan anak yg baik tp dia memang anak yg baik. Sifat seorang anak yg suka membantu keluarga adalah sifat yg terpuji. Dari situ dia akan mengenal erti pengorbanan ayah dan ibu yg membesarkannya.

    ReplyDelete