Menteri Pertahanan Korea Utara Dihukum Tembak Kerana Tertidur

 Hyon Yong-Chol ditembak menggunakan senjata anti-pesawat.

 TIMBALAN Pengarah Agensi Perisikan Kebangsaan Korea Selatan, Han Ki Beom mendedahkan kepada satu jawatankuasa Parlimen bahawa Menteri Pertahanan Korea Utara, Hyon Yong-Chol ditembak menggunakan senjata anti-pesawat kerana tertidur semasa pertemuan tentera dan menjawab balik kepada kata-kata pemimpin Kim Jong-Un.

Hyon, 66, yang dilantik sebagai ketua tentera Korea Utara pada 2012 dibunuh di hadapan ratusan pegawai di sebuah Akademi Ketenteraan Kang Kon di Pyongyang pada 30 April lalu.

Ini bukan kali pertama senjata anti-pesawat ZPU-4 digunakan untuk pembunuhan di Korea Utara dengan terbaharu imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan beberapa individu tidak dikenali dibunuh menggunakan kaedah kejam itu di kem yang sama pada Oktober tahun lalu.

Imej tersebut memaparkan individu yang dihukum hanya berada pada jarak 100 kaki dari senjata tersebut.

 Senjata anti-pesawat yang dipercayai digunakan untuk menembak Hyon.

Jelas Han, Hyon ditangkap ketika tertidur semasa acara rasmi tentera dan didakwa menjawab balik kepada Kim beberapa kali.

Ahli Parlimen Shin Kyoung-min yang menghadiri taklimat parlimen semasa berita pelaksanaan hukuman mati itu diumumkan berkata berita tersebut ada kebenarannya.

Pelaksanaan hukuman tersebut pada awalnya dilaporkan agensi berita Korea Selatan, Yonhap walaupun laporan dari Korea Utara adalah mustahli untuk disahkan secara bebas.

Gambar satelit itu didedahkan buat pertama kalinya bahawa rejim Kim menggunakan senjata anti-pesawat untuk melaksanakan hukuman mati terhadap mana-mana individu dihadapan ratusan orang.

Imej tersebut yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Untuk Hak Asasi di Korea Utara dan AllSource Analysis dirakamkan pada Oktober tahun lalu.

Pengkritik yang bengang dengan tindakan tersebut berkata badan 'mangsa' akan berkecai disebabkan senjata tersebut yang disifatkan sebagai contoh terbaharu kekejaman yang dilakukan pemerintah untuk menekan rakyatnya.

 Hyon (kanan) kali terakhir dilihat menghadiri Persidangan Keselamatan Antarabangsa di Moscow.

Hyon kali terakhir berucap di khalayak ramai pada persidangan keselamatan di Moscow pada April tetapi dikatakan tidak menghormati Kim kerana mengantuk dalam sebuah majlis tentera yang dihadirinya.

Hyon difahamkan ditahan lewat bulan lalu dan menjalani hukuman mati tiga hari kemudian tanpa menjalani prosiding undang-undang.

Beliau dipercayai menjadi jeneral tenteral sejak 2010 dan berkhidmat dalam jawatankuasa untuk urusan pengebumian Kim Jong-il pada Disember 2011 sebelum dilantik sebagai menteri pertahanan.

Di Korea Utara, menteri pertahanan bertanggungjawab menguruskan logistik dan pertukaran antarabangsa.

Sejak mengambil alih kepimpinan bapanya pada 2011, Kim merancang melakukan beberapa siri penyingkiran dalam usaha untuk mengekalkan kuasanya.

Pakar mengenai Korea Utara berkata, tiada tanda-tanda ketidakstabilan di Pyongyang tetapi ia tidak mustahil berlaku jika penyingkiran dilakukan secara berterusan.
Kim mengarahkan hukuman mati terhadap 15 pegawai kanan pada tahun ini sebagai hukuman kerana mencabar pentadbirannya.

Secara keseluruhan, kira-kira 70 pegawai dihukum mati sejak Kim mengambil alih tampuk pemerintahan bapanya pada 2011.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment