SETIAP manusia mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam melakukan pekerjaan, berlainan pula dengan seorang pakar keju yang mendapat perlindungan insurans untuk hidungnya yang bernilai £5 juta (RM28 juta).
Pekerjaan yang dilakukan hanyalah menghidu keju sahaja. Itulah yang dilakukan oleh seorang pakar keju, Nigel Pooley selama belasan tahun apabila dikurniakan olfaktori (deria bau) yang tinggi.
Nigel yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun bekerja di sebuah syarikat pengeluar keju terbesar di Britain, 'Wyke Farms' hanyalah menghidu dan merasa keju untuk mengetahui sama ada keju tersebut mencapai tahap yang terbaik.
Menurut syarikatnya, Nigel mempunyai deria bau yang sangat tinggi dalam pemiihan keju malah pelaburan premium tahunan yang dilakukan oleh syarikat tersebut sebanyak £25,000 (RM140 ribu) adalah satu pelaburan yang bijak.
Disebabkan keistimewaan yang dimiliki oleh Nigel, sedikit sebanyak membantu syarikat tersebut mencapai keuntungan sehingga £80 juta (RM450 juta) setahun sejak beberapa tahun lalu.
Nigel yang berusia 69 tahun, memulakan kariernya di syarikat tersebut pada 1997 dan sehingga kini masih lagi menggunakan kepakarannya untuk menghidu dan merasa keju bagi memastikan mendapat keju yang terbaik.
"Walaupun umur sudah mencecah 69 tahun, tapi itu bukan penghalang bagi saya untuk berhenti atau bersara kerana ini merupakan kepakaran yang tidak semua orang miliki.
"Tambah lagi, saya juga sentiasa cerewet mengenai aroma setiap keju," katanya, yang juga merupakan seorang Pengurus Kumpulan Teknikal di Wyke Farms.
Sumber: mstar.com.my

No comments:
Post a Comment