Pencuri dibogel dan disebat dengan tali pinggang oleh 2 wanita di khalayak ramai

Rakaman menunjukkan lelaki berkenaan dibelasah dua wanita.
 
HUANCAYO - PERU. Hanya kerana mencuri cermin sisi sebuah kenderaan, seorang lelaki dibogelkan dikhalayak ramai, dipukul serta disebat dengan menggunakan tali pinggang oleh dua wanita, lapor portal Metro.co.uk, hari ini.

Alexis Rodriquez, 24, ditangkap cuba mencuri cermin sisi sebuah kereta di bandar Huancayo, Peru.

Kejadian tersebut dirakam oleh seseorang individu yang kemudiannya memuat naik video tersebut ke laman sosial.

Video berdurasi 38 saat itu menjadi viral dan mendapat perhatian ramai pihak dalam masa yang singkat.

Seorang pengguna media, Hernando Calvo, 21, menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu perkara yang memalukan.

“Ia sangat teruk. Kita hidup di kurun ke-21, tetapi mereka masih berkelakuan seperti masyarakat di zaman pertengahan,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa dilaporkan tiba di tempat kejadian dan segera memberkas; sekaligus menyelamatkan lelaki tersebut dari terus dimalukan.

“Rodriguez ditahan polis atas dakwaan mencuri manakala dua wanita tersebut kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa,” katanya. -  




Sumber: Sinar Harian

1 comment: