Sekat Pintu Kereta Api Dengan Dinding Batu-Bata Sebagai Gurauan


POLIS Jerman kini sedang menyiasat individu tidak bertanggungjawab yang membuat gurauan 'prank' dengan membina dinding batu-bata untuk menyekat salah sebuah pintu kereta api.

Portal Mirror melaporkan tindakan berkenaan menyebabkan pengendali perkhidmatan kereta api itu perlu menanggung kerugian akibat kerosakan yang dialami.

Pihak polis kini melancarkan siasatan untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab membuat gurauan 'prank' itu yang hanya disedari selepas kereta api tersebut beroperasi.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di depot kereta api di mana mereka yang tebabit memecah masuk pengangkutan awam itu dan membuat dinding batu-bata dengan menggunakan simen bagi menutup salah sebuah pintu.

Difahamkan, gurauan 'prank' itu hanya disedari selepas kereta api melepasi 12 stesen di laluan S11 di Hamburg, utara Jerman sebelum laporan mengenai kejadian dibuat pada Selasa lalu.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

Mereka turut memberi amaran bahawa tindakan seumpama itu boleh disabitkan hukuman penjara maksimum lima tahun. - MIRROR



mstar.com.my

No comments:

Post a Comment