Ingin sertai tentera perlu jalani ujian dara


Indonesia Diminta Mansuh Ujian Dara

JAKARTA: Indonesia diminta untuk memansuhkan syarat menjalani ujian dara kepada wanita yang ingin menyertai angkatan tentera apabila kumpulan hak asasi manusia menganggap ia sebagai amalan kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, temu bual yang dilakukan dengan beberapa tentera wanita menunjukkan mereka perlu melalui pemeriksaan "ujian dua jari" bagi memastikan masih mempunyai selaput dara atau wanita yang merancang untuk  berkahwin dengan pegawai tentera.

Pegawai tentera mempertahankan perkara tersebut merupakan satu kaedah penting bagi memastikan wanita yang menyertai tentera buka daripada kalangan bermoral rendah.

Bagaimanapun, dia menafikan ujian tersebut juga diaplikasikan kepada wanita yang ingin berkahwin dengan pegawai tentera.

Perkara ini merupakan kontroversi baharu berkenaan ujian dara yang menjadi amalan konservatif di negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Tahun lalu, pasukan polis negara tersebut menerima kecaman kerana memaksa pemohon wanita menjalani ujian pemeriksaan tersebut sebelum diterima sebagai anggota polis.

Dalam satu kenyataan, pemerhati berkata tentera Indonesia perlu menamatkan pelaksanaan ujian dara yang dianggap sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Kumpulan itu menyifatkan ujian tersebut sebagai keganasan berasaskan jantina dan ia adalah 'saintifik tidak berasas'  untuk membuktikan dara seorang wanita.

Pemerhati juga menemuramah 11 rekrut dan tunai pegawai tentera yang telah menjalani ujian tersebut di hospital di beberapa bandar besar di Jawa.

Mereka turut ditemubual beberapa pekerja hospital yang mengendalikan ujian tersebut dengan mendakwa ia menyakitkan, memalukan dan trauma.

"Saya berasa malu, " kata seorang pemohon yang melakukan ujian itu pada 2013.

Tambahnya, lebih mengejutkan apabila doktor yang melakukan ujian itu adalah seorang lelaki.

"Ia terhadap hak-hak setiap wanita," katanya.

Ujian dara ini menjadi amalan tetap tentera sejak beberapa dekad lalu. Seorang pesara tentera yang menjalani ujian tersebut pada 1984 berkata ujian itu menjejaskan perkahwinan selama berbulan-bulan akibat trauma.

Jurucakap tentera Fuad Basya mempertahankan kepentingan ujian adalah bagi mengelakkan wanita tidak bermoral menyertai pasukan tentera.

Jika seseorang mempunyai akhlak yang rendah, mereka tidak boleh menyertai tentera kerana akan rosak tentera.

"Tentera perlu melakukan tugas besar, mereka bertanggungjawab untuk kedaulatan negara, kesatuan wilayah, keselamatan negara," katanya kepada AFP.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment