Bayi dijumpai dalam loji kumbahan, dikerat 15
Bahagian mayat ditemui termasuk kaki tangan dan badan bagaimanapun kepala gagal ditemui.
JOHOR BAHRU - Pekerja pembersihan loji kumbahan menemui mayat bayi tanpa kepala yang dikerat 15 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pekerja pembersihan bersama tiga rakan ketika itu sedang membersihkan perangkap sampah yang dipasang di loji berkenaan.
Menurutnya, ketika sedang membersihkan kawasan itu lelaki berkenaan ternampak beberapa objek yang mencurigakan yang tersangkut di perangkap sampah.
"Lelaki itu bertindak mengumpulkan bahagian mayat ditemui termasuk kaki tangan dan badan bagaimanapun kepala gagal ditemui sebelum memaklumkan perkara itu kepada penyelia syarikat dia bekerja.
"Penemuan mayat bayi itu dimaklumkan kepada anggota polis yang bertugas di Pos Polis Komuniti, PPR Kempas Ria dan kemudiannya memaklumkan kes itu kepada Balai Polis Kempas.
"Sepasukan polis telah datang ke lokasi untuk menjalankan siasatan kira-kira jam 1.30 petang. Berdarkan siasatan awal mendapati loji berkenaan menamung kumbahan daripada empat blok yang mempunyai 1, 288 unit kediaman," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Mohd Khamsani berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan di setiap blok 17 tingkat yang mempunyai kira-kira 6, 000 penduduk bagi mengesan wanita yang baharu melahirkan anak termasuk klinik di kawasan sekitar.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment