Foto oleh Na Son Nguyen yang diambil pada 2007.
SALAH satu foto viral yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memeluk seorang kanak-kanak perempuan dikatakan disalah tafsir sebagai mangsa gempa bumi Nepal dan mangsa peperangan di Syria.
Menurut BBC, foto tersebut paling banyak dikongsi di laman sosial Facebook dan Twitter.
Pelayar di laman media sosial meletakkan kapsyen 'anak yatim di Burma', 'mangsa peperangan di Syria' dan yang terbaru 'mangsa gempa bumi Nepal'.
Sebenarnya, gambar tersebut diambil hampir seabad lepas di utara Vietnam.
Jurugambar, Na Son Nguyen berkata, gambar tersebut diambil pada Oktober 2007.
"Gambar tersebut diambil di Can Ty, sebuah kampung di Ha Giang (Vietnam)," kata Nguyen.
"Saya sedang melewati kampung tersebut dan berhenti selepas ternampak kanak-kanak tersebut sedang bermain di hadapan rumah mereka.
"Kanak-kanak perempuan berkenaan, mungkin berumur dua tahun, menangis kerana kehadiran orang asing.
"Abangnya yang mungkin berumur tiga tahun atau lebih, memeluk adiknya untuk menenangkannya," jelas Nguyen apabila ditemuramah BBC.
"Keadaan tersebut sayu dan juga comel. Jadi saya ambil gambar," ujar Nguyen tersenyum.
Nguyen kemudian berkongsi gambar tersebut di blognya dan terkejut apabila gambar tersebut diguna secara meluas tiga tahun kemudian.
"Ada orang mereka cerita tentang kanak-kanak tersebut.
"Seperti ibu kanak-kanak tersebut telah tiada dan ayah mereka meninggalkan mereka," kata Nguyen.
Menurut Nguyen, 'salah guna' foto tersebut tidak berhenti setakat itu.
"Saya jumpa gambar tersebut dikatakan adalah mangsa perang di Syria," katanya lagi.
Nguyen berkata, beliau cuba menjelaskan berhubung situasi sebenar foto tersebut tetapi gagal.
"Saya rasa foto tersebut adalah foto saya yang paling banyak digunakan, malangnya untuk konteks yang salah," luah beliau.
Sumber: Sinar Harian

tak sangka pulak kelain jadinya,kan
ReplyDeleteadoi
ReplyDelete