'Abang Serius' beli bintang porno RM28 juta

 Rola Misaki 

Seorang bilionair China dikhabarkan sanggup membayar £5 juta (RM28 juta) untuk membeli khidmat eksklusif bintang porno popular Jepun, Rola Misaki bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Perbuatan tak ubah seperti filem popular 1990-an ‘Pretty Woman’ ahli perniagaan misteri itu hadir bersama Rola, 22, dengan memakai topeng pada satu acara di Beijing, baru-baru ini.

Rola yang berdarah campuran Jepun dan Russia juga dipercayai mendapat kontrak lakonan dengan ‘Abang Serius’ selama 15 tahun bagi memperkembangkan kerjaya lakonannya selain menjadi pembantu peribadi.

Namun, keintiman ditunjukkan pasangan itu pada acara berkenaan membuatkan ramai menganggarkan kontrak terbabit merangkumi ‘klausa keintiman,’

Mengikut spekulasi media, dia dipercayai taikun bergelar ‘Abang Serius’ yang terkenal dalam industri hiburan sebagai bilionair yang tidak kisah berbelanja.

Rola yang mula mendapat perhatian melalui video di YouTube tidak begitu popular di negara asal namun, mempunyai ramai peminat di China dengan lebih 4.8 juta pengikut di Weibo.

Dia juga mendapat gelaran seperti ‘Dewi Lelaki Nombor 1.’

Pembelian khidmatnya itu tidak diterima baik peminatnya malah, seorang berkata, di Weibo: “Dia antara yang terbaik. Tak percaya dia kini dimiliki lelaki itu.” – Agensi

1 comment: