Wajah Barack Obama Ditemui di Planet Marikh


Para peminat UFO, mendakwa menemui patung kepala Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, di permukaan Planet Marikh.

Mereka mengatakan patung itu diperolehi melalui foto yang diambil oleh kereta peneroka marikh, rover Spirit, di tahun 2005.


"Saya menemui kepala ini ketika mencari struktur di Marikh "ujar Scott Waring, penulis dan pemilik blog UFO Sightings Daily.

"Dilihat dari bentuk strukturnya , saya yakin bahawa itu merupakan sebuah patung wajah, dari atas ke bahu," ujarnya.


Peminat UFO lain menulis di UFO Sightings Hotspot, mengatakan dirinya berjaya menangkap rupa Presiden AS, Barack Obama, setelah dia menperjelaskan gambar itu menggunakan komputer.

"Dengan membersihkan imej dalam program perisian, saya mendapati bahawa bentuk itu mempunyai persamaan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama," katanya.

Gambar asli dari bentuk itu diambil dari Spirit Rover's Pancam 'Everest, pada sols 620-622 (01-03 Oktober 2005) di Columbia Hills permukaan Marikh. (Dailymail.co.uk)

2 comments: