Tumbuhan zaman ais masih hidup?

 Sampel lumut bercambah sewaktu ditanam semula di dalam makmal

Sejenis tumbuhan lumut ditemui masih hidup, walaupun ditindih ketulan glasier lebih 400 tahun di Kanada.

Pakar biologi, Dr Catherine La Farge yang mengetuai pasukan penyelidikan Universiti Alberta berkata, sampel lumut itu dipercayai ditutupi ais tebal sejak Zaman Ais antara 1550 dan 1850.

"Kami cuba menanamnya semula di dalam makmal di Universiti Alberta dan ia semakin bercambah serta berwarna hijau," katanya.

Kumpulan itu percaya penemuan baru di sekitar wilayah glasier Teardrop, Kepulauan Ellesmere berkait rapat dengan persoalan kejadian wilayah merentasi Artik dan Antartika.

Setakat ini, glasier dalam kawasan Artik Kanada dilaporkan cair kira-kira 4 meter setiap tahun sejak sembilan tahun lalu sekali gus menguatkan iltizam saintis untuk meneroka kawasan baru.  -  MailOnline


Sinar harian


No comments:

Post a Comment