Miley Cyrus: Menghisap ganja lebih baik daripada minum alkohol


Miley Cyrus beberapa kali dirakam kamera tengah menghisap rokok yang diduga adalah ganja. Kini, artis itu mengaku menyokong pengunaan ganja. Pelantun lagu "ashtrays and Heartbreaks" itu berkata bahawa meminum alkohol lebih berbahaya berbanding menghisap ganja.

"Saya rasa alkohol itu jauh lebih berbahaya daripada ganja," ujar Miley. "Orang-orang mungkin marah padaku kerana mengatakan itu, tapi aku tak peduli."

Artis berusia 20 tahun itu mempunyai pendapat itu kerana baginya lebih mudah melihat seseorang jatuh sakit kerana alkohol daripada ganja. Menurut Miley, selama hal itu tidak melanggar undang-undang maka boleh saja jika seseorang itu menghisap ganja.

"Aku melihat banyak orang hidupnya hancur kerana alkohol, tapi aku tak pernah melihatnya terjadi pada orang yang menghisap ganja," tambahnya. "Dan itu tidak melanggar undang-undang di California. Jadi aku senang hidup di California, tempat dimana kau boleh menjadi apapun yang kau mau."

wowkeren

5 comments:

  1. apsal dia jadi macam anak terbuang..started her career very well sekarang macam hay wire sangat..Yerlah tu dik isap ganja ko jadi ketagih lepas tu cepat mati

    ReplyDelete
  2. alahh diorang hisap ganja, sakit then rawatan special untuk diorang.. esok sihat semula.. insuran berjuta..

    ReplyDelete
  3. suka hati dia lah.. dia nak terjun banggunan pun i tak kisah.. hehhe

    ReplyDelete
  4. konon nya hisap pastu high cam orang gila. sama je macam orang yang minum arak.

    ReplyDelete