Abu Bakar menunjukkan jeriji tingkapnya yang dipotong penjenayah sebelum memecah masuk rumahnya.
MUAR – Kemunculan sekumpulan penjenayah digelar Geng Tempe yang memecah masuk beberapa rumah penduduk di Kampung Parit Zin, Bakri di sini, baru-baru ini masih menghantui penduduk di kawasan berkenaan.
Kumpulan terbabit yang terdiri daripada warga asing itu dipercayai menggunakan ilmu hitam terhadap rumah penduduk yang menjadi sasaran mereka.
Dakwaan itu adalah berdasarkan tindakan mereka meninggalkan sisa makanan seperti bihun dan tempe dalam bekas polistren di tiga rumah mangsa yang dilakukan serentak pada kejadian 25 Disember lalu.
Salah seorang mangsa ialah Ketua Kampung berkenaan Abu Bakar Sujak, 71, berkata, ketika kejadian hanya anak bongsunya, Ahmad Farhan, 24, berada di rumah kerana dia bersama isterinya, Nazariah Abdul Manan, 65, mengikuti rombongan ke Terengganu.
“Setiba di rumah pada jam 4.30 pagi hari kejadian, saya terkejut mendapati kereta polis berada di halaman rumah.
“Lalu saya segera mendapatkan Farhan untuk mengetahui perkara sebenar dan terkejut rumah dipecah masuk penjenayah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, menurut cerita anaknya, tiga penjenayah memasuki rumah melalui tingkap dapur yang telah dipotong besi jerijinya pada jam 3.50 pagi.
“Ketika itu anak sedang tidur dan sedar kejadian tersebut apabila merasainya objek tajam di lehernya yang diacu parang oleh salah seorang penjenayah terbabit.
“Manakala dua yang lain hanya membawa kayu dan mengarahkan anak supaya diam dan tidak melawan,” katanya.
Katanya, suspek bertindak mengikat tangan dan kaki anak menggunakan tuala yang telah dikoyakkan sebelum melarikan diri dengan membawa bersama-sama wang RM300 dan dua biji telefon bimbit.
Bekas guru itu berkata, kemudian penjenayah terbabit turut memecah masuk kediaman seorang bilal masjid dan sebuah rumah lagi milik seorang pemandu lori ikan di kampung berhampiran.
Menurutnya, tiga pekerjanya yang tinggal bersebelahan rumahnya tidak menyedari kejadian tersebut kerana pada malam kejadian mereka berasa amat mengantuk seperti dipukau dan tidur seawal jam 8 malam berbanding kebiasaannya tidur sekitar jam 12 malam.
“Saya bersyukur penjenayah tidak bertindak ganas mencederakan anak saya meskipun telah mengacukan parang di lehernya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan laporan kejadian dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment