Roket Palestin hentam lokasi dekat kubur Ariel Sharon

 Dua buah roket Palestin mendarat tak jauh dari tanah ladang milik keluarga Ariel Sharon tempat jasad bekas perdana menteri Israel itu dikebumikan.

JERUSALEM - Para pejuang Palestin menembak dua buah roket dari Jalur Gaza yang menghentam kawasan di dekat tanah pertanian lokasi pengebumian bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon . Demikian penjelasan jurucakap tentera , isnin ( 13/1/2014 ) .

" Dua peluru roket mendarat di tanah kosong di kawasan Shaar HaNegev , " kata jurucakap tentera itu .

Shaar HaNegev adalah kawasan yang berada di dekat sempadan utara Jalur Gaza . Namun , tentera Israel tidak menjelaskan secara terperinci masa kedua roket itu menghentam wilayah Israel .

Lokasi pertanian keluarga Ariel Sharon yang dijadikan lokasi pengebumian bekas PM tersebut memang tak jauh dari sempadan dengan Gaza .

Akibatnya , aparat keamanan Israel meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut . Bahkan , media tempatan mendakwa tentera Israel menyiagakan sistem pertahanan udara Iron Dome .

Ariel Sharon meninggal dunia pada Sabtu ( 11/1/2014 ) dalam usia 85 tahun setelah lapan tahun terbaring dalam keadaan koma di sebuah hospital di berhampiran bandar Tel Aviv .

Sumber; kompas.com

1 comment:

  1. Maha kaya Allah nak yg hidup melihat apa yg terjadi. Dah mati pun kezalimannya masih terpahat. Roket pun tahu nak tuju arah mana..

    ReplyDelete