Orang mati hidup semula lalu lari dari bilik mayat


Hospital di Kenya heboh apabila seorang lelaki yang telah dinyatakan meninggal dan disimpan di ruang penyimpanan jenazah , hidup semula selepas sehari berada di bilik mayat . Lelaki tersebut lantas lari dari ruang simpanan jenazah .

Saat ini pihak berkuasa Kenya telah melakukan penyiasatan untuk mengungkap bagaimana lelaki itu boleh hidup lagi dan lari dari bilik mayat .

Petugas bilik mayat di hospital Naivasha terkejut dan melarikan diri apabila melihat sesosok mayat bergerak dan kelihatan bernafas .

Lelaki itu bernama Paul Mutora disahkan meninggal oleh doktor setelah bunuh diri dengan minum racun serangga , Rabu 8 Januari waktu tempatan .

Ketua perubatan tempatan berkata , lelaki itu kemudian dirawat menggunanakan ubat untuk melambatkan degupan jantung . Mungkin telah terjadi kesalahan pemberian pernyataan meninggal kepada mangsa.

Menurut akhbar Kenya, Standard , ayah Mutora dan keluarga yang lain melawat bilik mayat pada Khamis ( 09/01/2014 ) pagi untuk melihat jenazah anaknya lalu kembali ke rumah untuk mula mengatur pengebumian .

" Tapi di petang hari kami diberitahu , dia masih hidup dan kami terkejut , " kata si ayah .

Saksi mengatakan , ketika terdengar suara dari dalam bilik mayat , para jururawat di hospital  tersebut heboh . " Petugas bilik mayat dan pekerja berlari sambil menjerit . "

Ketika ini Mutora sudah pulih di hospital tersebut yang berjarak 90 km dari Nairobi ibu negara Kenya .

Sumber: tribunnews.com

No comments:

Post a Comment