Pizza dengan topping daging ular sawa, kaki katak dan sosej buaya


Pizza mungkin menjadi makanan ringan yang mengenyangkan di waktu santai . Namun jika anda jenis orang yang suka mencuba perkara baru , maka restoran ini akan menawarkan sesuatu ekstrim .

Restoran tersebut adalah Evan Neighborhood Pizza yang terletak di Fort Myers , Florida . Restoran ini terkenal dengan topping pizza yang tidak wajar yakni daging ular sawa . Ekstrimnya lagi selain daging ular sawa , pizza ini juga dilengkapi kaki katak dan sosej buaya .

Pizza ektrim ini dinamakan dengan Everglades Pizza . Pencetus idea ini tak lain adalah Evan Daniell , pemilik The neigborhood Pizza . Dia mengaku telah membuka restoran ini sejak 11 tahun lalu dan berjaya menjual 150 loyang Everglades Pizza di hari pembukaan .

Evan mendedahkan bahawa idea ini muncul apabila populasi ular sawa berkembang begitu banyak di daerahnya . Daripada mengganggu aktiviti penduduk , Evan lalu mengolahnya menjadi makanan yang lazat .

" Populasinya yang terus berkembang memberi ketakutan pada penduduk , " Ujar Evan . " Bahkan aku pernah membaca sebuah artikel tentang ular sawa yang memakan haiwan lain , itu benar - benar menakjubkan . "

Evan mengaku mendapat semua daging ular sawa tersebut dari pengedar yang telah disahkan . Untuk satu loyang pizza , Evan mengenakan harga yang cukup tinggi yakni US $ 45. Hal ini disebabkan kerana harga daging ular sawa yang juga mahal iaitu USD 66 per setengah kilogram .

Evan juga merancang untuk kembali membuat pizza dengan haiwan - haiwan  lain seperti armadillo , rakun dan posum ( sejenis mamalia asal Sulawesi dan Australia ) .

Sumber: wowkeren.com

No comments:

Post a Comment