Bos mafia wanita ganas ditahan


Colombo: Polis Sri Lanka menumpaskan geng jenayah terancang diketuai seorang wanita yang mampu membuatkan ketua mafia berpengalaman di seluruh dunia sekalipun menggigil ketakutan.

Menurut laporan akhbar Sunday Times, wanita itu membelasah orang sehingga tercabut anggota badan, selain terbabit dalam perang merebut kawasan daripada pengedar dadah dan bapa ayam serta mengawal aktiviti pekerja seks termasuk lelaki di sini.

Menurut jurucakap polis, mangsa diseksa menggunakan penukul besi sebelum diarahkan baring di jalan raya di beberapa lokasi sebelum melanggar anggota badan mereka menggunakan kenderaan.

Wanita itu yang mengawal beberapa kelab malam dan kasino di seluruh ibu kota berkenaan ditahan di Kollupitiya minggu lalu bersama beberapa pembantunya.

Kumpulannya dilaporkan beroperasi ala mafia malah membekalkan wanita untuk pelanggan tetapnya sambil menghalang geng lain beroperasi di bandar itu.

Menurut siasatan polis, pelanggan dikenakan upah antara Rs25,000 hingga Rs50,000 (RM1,338 - RM2,675) untuk khidmat seks termasuk oleh pelacur lelaki.

- Agensi

No comments:

Post a Comment