Stesen TV AS terakam manusia kepala kuda

Lelaki kepala kuda. Foto: Twitter
 
BALTIMORE - Wartawan dari Bandar Baltimore, Amerika Syarikat (AS), Kate Amara, terkejut apabila mendapati dalam rakaman liputannya seorang lelaki dengan kepala kuda berdiri di belakangnya ketika wartawan wanita tersebut sedang serius melakukan liputan.

Lelaki berkepala kuda tersebut bukanlah makhluk jadian, melainkan seseorang yang menggunakan topeng kepala kuda.

Amara awalnya tidak sedar ada penampakan aneh berhampirannya. Dia kemudian menyebar foto si lelaki di laman twitter.

"Foto penampakan," ujar Amara, seperti dipetik dari Metro, Jumaat (24/1/2014).


No comments:

Post a Comment