Udang galah spesies baru diberi nama Nelson Mandela


SEKUMPULAN saintis bersepakat menamakan spesies udang galah baru sebagai ‘Nelson Mandela’ susulan penemuannya di luar perairan Afrika Selatan, tiga bulan lalu.

Nama itu diambil sebagai simbol penghormatan buat bekas Presiden Afrika Selatan yang meninggal dunia dua minggu lalu.

Udang galah itu ditemui kira-kira 750 meter di sebuah kawasan barat daya Lautan Hindi oleh pelajar Diva Amon, ketika sedang mencari spesies hidupan akuatik baru untuk kajiannya.

“Udang itu ditemui di kawasan laut dalam yang belum diterokai. Kami menamakannya sebagai Nelson Mandela kerana udang tersebut ditemui di negara kelahiran tokoh ternama itu,” katanya kepada Daily Mail.

Udang 'Nelson Mandela' kini berada di Muzium Sejarah Semula Jadi di London dan Pusat Penyelidikan Interbrata di Sepanyol untuk kajian terperinci.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment