Seorang wanita di Australia baru - baru ini memecahkan rekod dunia dalam lari jarak jauh . Kim Allen berjaya berlari sejauh 500 kilometer selama 86 jam tanpa tidur sama sekali .
Kim mengikuti lumba lari yang dianjurkan oleh sebuah badan amal bernama New Zealand Spinal Trust . Ibu empat orang anak ini mula berlari pada 19 Disember pukul 6 pagi waktu tempatan di Auckland .
Hebatnya lagi , wanita berusia 47 tahun ini walaupun tidak tidur selama 4 hari demi terus berlari . Awalnya dia terus berlari namun di pusingan terakhir kecepatannya semakin perlahan dan akhirnya memutuskan untuk berjalan . " Ini semua terasa seperti tidak nyata bagiku , " ucap Kim sesaat setelah tamat.
Kim akhirnya mencapai final dengan kaki yang melecur dan pergelangan kaki bengkak . Tak hairan , dia sangat gembira dan tak percaya bahawa boleh menyelesaikan misi ini . Kehebatan Kim ini juga mengundang perhatian banyak orang yang terus menyokongnya agar kuat menyelesaikan 500 km .
" Kami tidak mahu memberinya alasan untuk berhenti , " ungkap Michael Rodlife , salah satu penyokong Kim . " Sesaat sesudah menamatkan larian kita bahkan merayakannya hampir selama dua jam . "
Sebelumnya rekod pelari terpanjang diraih oleh orang Amerika , Pam Reed , pada 2005 yang berlari sejauh 486 kilometer . Tahun lalu Kim pernah cuba mengalahkan Rekod Reed namun gagal , dia hanya boleh berlari sepanjang 370 kilometer sahaja .
Sumber: wowkeren.com

No comments:
Post a Comment