Warga Mexico angkat senjata lawan kartel dadah

Warga Mexico angkat senjata (Foto: Reuters)

APATZINGAN - Penduduk di Bandar Apatzingan mengangkat senjata melawan kartel dadah , Mexico kerana menganggap pihak berkuasa tidak boleh diharapkan .

Kewujudan kumpulan bersenjata menambah rumit usaha Kerajaan Mexico memberantas jenayah di negaranya . Pihak kerajaan meminta penduduk meletak senjata untuk mengelakkan geseran dengan pihak berkuasa.

" Saya tidak mahu menurunkan senjata . Saya mahu terus bertempur , " ujar salah seorang warga Apatzingan , Jose Mireles , seperti dipetik Reuters , Rabu ( 15/1/2014 ) .

" Kerajaan Mexico tidak boleh begitu saja datang dan mengambil senjata kami . Kami bertempur untuk melindungi penduduk , " katanya .

Apatzingan telah lama dikuasai kartel dadah bernama Knights Templar . Selain mengedar dadah , Knights Templar juga melakukan aksi jenayah lain seperti penculikan dan pembunuhan .

Mireles menambah , pihak berkuasa lebih sibuk berhadapan dengan warga daripada membasmi Knights Templar . Dia mendakwa ada beberapa ahli kumpulannya yang maut ditembak tentera .

Kartel dadah berkembang pesat di Mexico sejak 2007 . Usaha Kerajaan Mexico memberantas peredaran dadah dihalangi rasuah yang melanda polis .

Sumber: international.okezone.com

No comments:

Post a Comment