Suthep anggap Yingluck ‘syaitan’


Bangkok: Pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan Suthep Thaugsuban menafikan dia bertanggungjawab ke atas serangan bom yang mengakibatkan seorang maut dan 36 cedera.

Sebaliknya, dia mendakwa kerajaan di sebalik kejadian itu dan menganggap Perdana Menteri Yingluck Shinawatra ‘syaitan’.

“Saya bukan manusia seperti itu.

Saya tidak membunuh penyokong sendiri.

“Darah yang membasahi jalanan Bangkok turut menusuk hati saya.

“Kerajaan ini terlalu kejam.

Keperitan inilah yang menjadi penyuntik semangat untuk kita berjuang,” katanya di pentas demonstrasi Lumpini.

Media sosial turut hangat dengan spekulasi bahawa ada pegawai tentera bekerjasama dengan anggota Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) melakukan serangan berkenaan.


- Agensi

No comments:

Post a Comment