Roma bridal market, pasar jual wanita muda untuk dijadikan isteri

Pasar unik yang ada di Roma Bulgaria ini berbeza dengan pasar lain. Jika umumnya sebuah pasar menjual produk makanan, maka di pasaran tersebut yang dijual adalah wanita muda yang khusus diperuntukan sebagai isteri.

Pasar yang dikenal dengan Roma bridal market ini merupakan pasar yang menjual calon isteri. Tak memerlukan cinta, asal mampu menawar dengan harga paling tinggi maka akan langsung mendapatkan mempelai wanita untuk dibawa pulang.

Seperti yang dilansir dari dailymail jangan beranggapan pasar ini memperdagangkan wanita. Pasar ini merupakan sebahagian daripada tradisi unik di mana para wanita dan lelaki single berkumpul di Bridal Market untuk mencari pujaan hatinya.

Sebelum mereka ke Bridal Market para gadis akan tampil secantik dan semenarik mungkin. Ini merupakan cara agar mendapatkan tawaran yang tinggi untuk harga kecantikan yang mereka tampilkan. Para wanita yang datang sudah bersedia untuk ditawar seperti barang di pasar pada umumnya.

Jaminan yang ditawarkan para ibu atas anak gadisnya yang ditawar di pasar inipun sangat unik. Para gadis ini masih perawan jika terbukti sang gadis tidak perawan, maka semua wang hasil tawaran yang dilakukan di Bridal market akan dikembalikan.

Kalau sesuai nantinya semua wang yang didapati dari mempelai lelaki akan diberikan kepada mempelai wanita untuk dibelikan barang-barang persiapan perkahwinan. Mulai dari membeli gaun pengantin dan pelbagai keperluan perkahwinan lain. Semakin cantik dan semakin banyak lelaki yang ingin melamar seorang gadis, biasanya harganya akan semakin tinggi.





2 comments:

  1. Gelihatilah pulak kakak dah lain macam pulak kan... tapi dah kata itu tradisi dia nak kata apa...

    ReplyDelete