Gara-gara beromen di rel kereta api, wanita maut dilanggar

Gambar hiasan. Image: Google
 Satu tragedi menimpa sepasang kekasih di Ukraine. Lantaran tidak mampu menahan nafsu  keduanya memutuskan untuk melakukan hubungan seksual dekat rel kereta api . Namun , berlaku tragedi apabila si perempuan maut dilanggar kereta api , sementara pasangannya mengalami cedera di bahagian kakinya.

Kemalangan itu berlaku di Kota Zaporizhia, bahagian tengah Ukraine pada awal pagi sabtu, seperti dilapor asiaone.com , Ahad (29 /9).

" Usai kembali dari rumah rakan kami , kekasih saya dan saya tidak boleh membendung ghairah seks dan kami ingin merasakan sensasi bercinta di dekat rel kereta api ," kata si lelaki  yang berusia 41 tahun kepada polis.

Sementara itu seorang jurucakap polis secara berasingan mengatakan bahawa pasangan itu diyakini dalam keadaan mabuk.

Mangsa wanita mati di tempat kejadian, manakala kekasihnya telah dihantar ke hospital lantaran mengalami koyak di bawah lututnya.

Polis tidak memberitahu nama -nama mangsa, dan mengatakan pihaknya telah membuka siasatan jenayah atas pelanggaran keselamatan berkaitan kes ini.

merdeka.com

4 comments: