Lelaki ini sudah melantak 12,000 Burger Big Mac


Jika dilihat sepintas tak akan ada yang menyangka Dennis Rosinlof adalah penagih junk food. Dia mengaku sudah 30 tahun mengambil burger Big Mac di McDonald. Dalam tempoh itu Dennis menghabiskan 12 ribu burger.

Dennis mengatakan dirinya mula makan Big Mac ketika bekerja jadi sales dan tak pernah berhenti. Bahkan dalam dua dekad terakhir ini ia makan 10 Big Mac dalam seminggu dan tetap ingin menambahnya. Veteran Perang Vietnam asal Utah ini hanya hadir makan burger pada hari Sabtu semasa isterinya masak untuk seluruh keluarga.

Dengan rekod konsumsinya tersebut, diperkirakan Dennis telah membelanjakan USD 60 ribu  selama 30 tahun ini. Namun dia berdalih jumlah wang tersebut masih di bawah kos bahan bakar keretanya.

Hebatnya lagi, lelaki berusia 64 tahun masih sihat bagi seorang penagih junk food. Dennis mempunyai tinggi 1.8 meter dengan berat 74 kg yang sesuai dan kolesterolnya masih di bawah 200. Meski tetap sihat namun isteri dan anak-anak Dennis berusaha memujuk untuk meninggalkan gaya makan tak sihat ini.

"Aku selalu mencari McDonald setiap saat," ucap Dennis yang mengaku tidak mahu berhenti beli Big Mac. "Aku menikmati apa yang kumakan dan itu rasanya enak sehingga aku ingin membelinya setiap hari."

wowkeren


No comments:

Post a Comment