173 peluru hidup ditemui dalam guni putih di Kota Bharu

 ANGGOTA polis menyusun peluru ditemui.

Kota Bharu: Seorang pengawal keselamatan sebuah hotel di Jalan Pintu Pong, di sini, yang sedang membersihkan sampah di kawasan pembuangan sampah di belakang hotel itu terkejut menemui sebiji guni plastik putih mengandungi 173 butir peluru hidup untuk senapang patah, kelmarin.

Bimbang dengan penemuan berkenaan, pengawal keselamatan berusia 38 tahun itu segera menghubungi polis pada jam 8.06 malam.

 LOKASI penemuan 173 butir peluru hidup di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui objek berwarna merah iaitu peluru hidup yang masih belum digunakan.

“Semua peluru itu kemudian diperiksa unit persenjataan.

“Polis menemui 24 butir peluru tertulis Eley Alphamax Waterproof, 99 butir peluru tertulis Eley Grand Prix dan 50 butir peluru tertulis Winchester Upland digunakan untuk senapang patah,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

1 comment: