Wabak HIV melanda industri filem porno Amerika Syarikat

Foto: Reuters

LOS ANGELES - Wabak HIV melanda industri filem porno Amerika Syarikat (AS). Empat pelakon filem porno mengaku mengidap HIV dalam satu bulan ini.

"Bertambah satu lagi pelakon yang datang ke kami dan mengaku mengidap HIV," ujar aktivis HIV / AIDS, Michael Weinstein, Selasa (10/9/2013).

"Saya tidak tahu berapa ramai lagi pelakon yang sudah dijangkiti," lanjut Weinstein.

Aktivis HIV / AIDS meminta syarikat filem porno AS menghentikan pengeluaran untuk sementara. Aktiviti pengeluaran dapat dilanjutkan jika seluruh pelakon sudah diperiksa.

Weinstein menyatakan, penyebaran HIV sebenarnya boleh dielakkan jika para pelakon menggunakan kondom. Namun, syarikat filem porno menolak cadangan tersebut. Mereka takut filmnya tidak laku jika si pelakon kelihatan menggunakan kondom.

Industri filem porno AS berpusat di Negeri California. Syarikat filem porno mempunyai pengaruh besar dan kerap melakukan lobi kepada kerajaan

okezone


No comments:

Post a Comment