Surat dalam botol berusia 107 tahun ditemui


Seorang pengunjung pantai di Kanada menemui sebuah mesej dalam botol yang telah terapung di lautan selama lebih dari satu abad.

Steve Thurber yang sedang menjalankan projek pemulihan di pantai terpencil Schooner Cove di Tofino, terjumpa sebuah botol lama terdampar atas pasir.

Seperti dilaporkan Global News, botol tersebut dimeterai dan mengandungi nota. Namun, dia enggan membuka botol untuk tetap menjaga keasliannya.

Dari beberapa butiran yang dapat dilihat dari luar, surat itu bertarikh 29 September 1906 dan ditandatangani oleh Earl Willard. Catatan itu juga mengandungi sebuah alamat Willard di Bellingham.

Semasa menulis mesej, Willard telah melakukan perjalanan selama 76 jam dengan menumpang kapal Steamer Rainier dari San Francisco ke Bellingham Washington.

Saat ditemukan, surat berusia 107 tahun telah menempuh jarak 1.800 kilometer dari titik awalnya.

Sebelumnya Guinness World Record mencatat mesej dalam botol tertua adalah 98 tahun.

vivanews


1 comment: