Wanita di China digigit ular yang diawetkan dalam botol wain


Nasib malang dialami wanita bernama Liu asal Shuangcheng, wilayah Heilongjiang, China Utara. Dia dikejar k hospital kerana terkena gigitan ular yang telah diawet selama tiga bulan.

Dilapor orange.co.uk, Sabtu 14 September 2013, peristiwa tersebut terjadi ketika Liu hendak membuka botol wain yang telah diisi oleh seekor ular.

Dia memang sengaja memasukan ular ke botol tersebut untuk membuat ramuan anggur ular. Minuman itu dibuat untuk mengubati penyakit rematiknya.

Awalnya dia berniat untuk menambah alkohol lebih banyak ke dalam botol minumannya. Namun malang, ular yang dibeli pada pada Jun lalu itu ternyata masih hidup.

Pada saat botol dibuka, ular itu langsung melompat dan menggigit tangan Liu.
Di China, binatang melata seperti ular khabarnya memang dikenal mempunyai banyak khasiat untuk menyembuhkan berbagai penyakit.

vivanews


1 comment: