Petani Mesir ditangkap kerana namakan keldainya Jeneral al-Sisi


Khabar dari Mesir ini seolah-olah berusaha mengingatkan agar seseorang berhati-hati mendedahkan ketidaksukaannya terhadap seseorang, terutama jika orang tersebut adalah penguasa.

Seorang petani di Mesir ditangkap polis setelah dianggap menghina panglima angkatan bersenjata Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi.

Omar Abu al-Magd Ali al-Saghir (31) ditahan Jumaat lalu di Wilayah Qana, di wilayah tengah Mesir. Kesalahan Omar Abu adalah menggunakan nama Jeneral Al-Sisi untuk nama keldainya. Tak berhenti di situ, Omar Abu juga memakaikan topi tentera di kepala haiwan itu.

Pejabat berita MENA, Sabtu (21/9/2013), mengkhabarkan, Omar Abu ditangkap polis saat tengah menunggangi keledainya itu di desa kediamannya.

Polis menganggap kombinasi nama Al-Sisi, memakaikan topi tentera, dan menunggangi keldai itu sebagai sebuah penghinaan langsung terhadap Jeneral Al-Sisi dan angkatan darat Mesir.

Jeneral Abdel Fatah al-Sisi memimpin angkatan darat menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden pada 3 Julai lalu.

Kini Al-Sisi menduduki tiga jabatan sekaligus, iaitu wakil perdana menteri, menteri pertahanan, dan panglima angkatan bersenjata.

Al-Sisi sangat popular di kalangan masyarakat yang menentang Muhammad Mursi. Foto Al-Sisi mudah ditemui dipasang di kaca tingkap kedai, di dalam kereta, dan di pelbagai bangunan di negeri paling ramai penduduk penduduknya di Timur Tengah itu.

Namun, di kalangan masyarakat yang menyokong Muhammad Mursi, nama Al-Sisi dan angkatan darat sangat dibenci.

kompas


No comments:

Post a Comment