BUKIT MERTAJAM - Hanya kerana mahu melepaskan diri dari ditahan polis, seorang bapa tergamak menjadikan bayi berusia empat bulan sebagai tebusan dengan mangacukan parang di kepala anaknya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi, lelaki berusia 26 tahun itu bertindak melarikan diri selepas sepasukan polis menyerbu rumahnya di Kampung Bukit Teh, Machang Bubuk di sini, hari ini.
Suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan diletakkan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas bertindak melarikan diri bersama bayi berkenaan sejauh 100 meter selepas dikejar polis.
Bagaimanapun, tindakan nekad lelaki itu berjaya dipatahkan apabila anggota polis bertindak menembak kedua-dua belah kakinya selepas cuba bertindak ganas dan cuba menyerang polis.
Menurut seorang penduduk kampung yang enggan dikenali, kejadian itu amat mengejutkanya kerana tidak menyangka kejadian seumpama itu berlaku di hadapan mata mereka.
Ketika kejadian, beliau sedang menidurkan anaknya sebelum terdengar bunyi bising dan ternampak beberapa anggota polis mengejar seorang lelaki yang melarikan diri sambil mengepit bayinya serta memegang dua bilah parang.
"Saya nampak polis meminta lelaki itu menyerah diri namun dia bertindak agresif dengan melarikan diri bersama anaknya dan terdengar beberapa das tembakan dilepaskan.
"Saya tak berani nak keluar cuma mengintai melalui tingkap sebelum ternampak dia terbaring dipercayai ditembak di bahagian kaki dan bayi berkenaan diselamatkan anggota polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis memberi amaran kepada suspek agar tidak melawan atau bertindak di luar batasan namun tidak mengendahkannya sebaliknya cuba mengancam untuk menyerang mereka.
Sebagai langkah keselamatan, anggota polis melepaskan satu das tembakan di kaki kiri suspek sebagai menghalangnya terus melakukan serangan tetapi suspek terus melawan sebelum tembakan kedua terpaksa dilepaskan sebelum suspek rebah.
"Suspek yang cedera kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.
“Semakan rekod mendapatinya memiliki tiga rekod jenayah bersangkutan kes dadah dan curi motosikal," katanya.
Mazlan berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Sinar Harian

what the hell dia ni. takde otak punya orang !
ReplyDelete